Powered By Blogger

Sunday, January 9, 2011

ArRahnu AgroBank adalah ArRahnu Yang Terbaik Bagi Emas Pelaburan Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat dan ceria selalu.
 
Baiklah disini saya ingin berkongsi satu berita yang sangat istimewa kepada pembeli emas pelaburan seperti jongkong emas Public Gold, PAMP Suisse, Dinar Emas Public Dinar dan juga jongkong-jongkong emas yang lain.

Untuk pengetahuan anda Ar-Rahnu Agrobank (www.agrobank.com.my/ar-rahnu) telah memperkenalkan beberapa terma yang sangat mesra emas pelaburan.
Perubahan ini sangatlah baik kepada pelabur-pelabur emas di Malaysia.
Dengan kata lain, sokongan daripada Ar-Rahnu Agrobank sangat membantu bagi mendapatkan tunai segera dan juga membantu kita membuat teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan Ar-Rahnu.
 
Terima kasih banyak-banyak Ar-Rahnu Agrobank. 
 
24_aug_1a.jpg 
Sebelum ini pemilik jongkong emas menghadapi masalah untuk menggadaikan emas mereka kerana Ar-Rahnu lain seperti Bank Rakyat dan YAPEIM tidak menerima jongkong emas especially Public Gold dan PAMP Suisse.

Namun kini masalah tersebut sudah selesai kerana Ar-Ranu Agrobank sekarang menawarkan terma yang sangat menarik untuk gadaian jongkong emas.
 
Terdapat 5 terma baru yang sangat membantu pelabur emas iaitu:
1. Margin pinjaman 70% walaupun ia adalah gadaian pertama anda.
2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram)
3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000 seorang
4. Tempoh gadaian dipanjangkan kepada 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.
5. Promosi upah simpan adalah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (bagi 70% pinjaman)

Huraian terperinci.

1. Margin pinjaman 70%  diberikan walaupun ia gadaian pertama.
Dahulu gadaian pertama cuma boleh dapat 60% daripada nilai emas, kali kedua gadai baru dapat 70%. Sekarang anda boleh memperolehi terus pinjaman maksima 70% daripada nilai emas walaupun pertama kali menggadai. Bagi saya, semakin tinggi nilai pinjaman, semakin besar peluang kita untuk menjana keuntungan dengan hasil pinjaman tersebut... hehehe money is only a tool to make more money.
 
2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram).
Sebelum pengumuman terma baru ini, rate untuk emas 999.9 adalah RM126 /gram. Jadi, pada nilai ini anda cuma boleh meminjam sebanyak RM88.20 (70% daripada RM126) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Dengan peningkatan nilai kepada RM148.50/gram maka kini anda boleh meminjam RM103.95 (70% daripada RM148.50) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Rate ini akan berubah dari masa ke semasa mengikut harga emas semasa dunia.
 
p/s: Jika anda menggadaikan 100g emas 999.9, pada rate RM126/gram anda boleh meminjam RM8820.00. Pada rate 148.50/gram anda boleh meminjam sehingga RM10395.00 . Ini adalah perbezaan sebanyak RM1575.00. Banyak tu..
 
3.  Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000
Sebelum ini, pinjaman maksima yang boleh diberikan oleh Ar-Rahnu Agrobank ialah RM50,000 (RM10,000 sehari x 5 hari). Sekarang kita boleh meminjam sehingga RM150,000 (RM50,000 sehari x 3 hari) Dengan kata lain anda boleh menukar 1.4 kilo emas kepada tunai di Ar-Rahnu Agrobank :)
p/s: Semakin tinggi nilai pinjaman maka semakin besar keuntungan yang boleh anda hasilkan dengan teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan A-Rahnu. Contohnya pajak emas ketika harga emas turun untuk membeli lebih banyak emas. Jual apabila harga naik semula. Bagi peniaga emas Public Gold, ini memudahkan anda membuat buy back emas pelanggan anda.
 
4. Tempoh gadaian yang lebih panjang iaitu 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.
Sebelum ini Ar-Ranhu Agrobank cuma memberikan tempoh gadaian 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (selepas 6 bulan sambung 3 bulan, lepas tu sambung 2 bulan). Sekarang anda boleh sambung kontrak gadaian kepada 6 bulan sambung lagi 6 bulan (jumlah semua 18 bulan)
 
5. Promosi - upah simpan hanyah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (70% pinjaman)
Untuk 3 bulan bermula 16/8/2010 Agrobank memberikan rate upah simpan yang sangat menarik iaitu cuma 0.60 sen bagi setiap nilai marhum RM100 dan bagi pinjaman 70%. Jadi kalau nak dapat rate special nie kena pegi gadai dalam tempoh 3 bulan ini lah. Jadi, saya pun cepat-cepat ke Agrobank Melaka untuk memperbaharui surat-surat gadaian saya untuk mendapat rate yang lebih tinggi dan upah simpan yang lebih murah.
 
Biasanya kadar upah simpan adalah seperti berikut:
24_aug_1c.jpg

Apakah keistimewaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu ini?

1. Ia adalah konsep pinjaman tanpa unsur riba.
    Keuntungan Ar-Rahnu adalah daripada upah simpan emas.
 
2. Anda tidak dikenakan bayaran sepanjang tempoh pinjaman.
    Anda hanya bayar upah simpan apabila menebus emas anda ataupun
   setelah tamat tempoh gadaian 6 bulan. (ayat mudah, pinjam sekarang
   6 bulan lagi baru fikir bayar. Courts Mammoth pun kalah oooo...)
 
3. Jika anda hendak melanjutkan tempoh gadaian selepas 6 bulan, anda cuma perlu
    membayar upah simpan untuk 6 bulan terdahulu. Lepas tu anda boleh lanjutkan
    pinjaman lagi 6 bulan. Bayaran simpanan untuk tempoh lanjutan tersebut cuma
    dibayar 6 bulan akan datang.
 
4. Memandangkan pinjaman diberikan mengikut harga emas, kita akan memperolehi
    keuntungan di dalam jangka masa panjang apabila harga emas semakin
    meningkat (semakin tinggi harga emas semakin banyak RM yang boleh kita pinjam)
    Bila emas naik harga 100 peratus, pinjaman Ar-Rahnu pun akan meningkat 100%!
 
5. Sekiranya penggadai tidak boleh menebus emas tersebut maka ia akan dilelong.
    Ar-Rahnu akan mengambil nilai hutang penggadai + upah simpan dan akan
    memulangkan kembali lebihan wang lelongan tersebut (jika ada).

Kesimpulan.

Tahniah saya ucapkan kepada Ar-Rahnu Agrobank. Terma baru ini banyak membantu pembeli emas jongkong dan juga peniaga emas seperti saya. Jika dahulu gadaian emas adalah untuk mereka yang sesak wang dan menggadaikan barang kemas, namun sekarang telah wujud satu kumpulan baru iaitu pelabur emas. Ini kerana trend pelaburan emas telah mula mendapat perhatian rakyat Malaysia.
Kepada pembeli jongkong emas, anda kini boleh menggunakan kemudahan Ar-Rahnu Agrobank.
Mereka akan menerima anda dengan tangan terbuka dan senyuman lebar.
sumber: jutawanemas.com

Sunday, October 24, 2010 Nak Simpan Wang?!! Anda Tahu Tak Rahsia Wang ?

Adakah menyimpan wang merupakan salah satu daripada azam anda?

Jika jawapan anda adalah Ya... tahniah! Azam anda memang bagus

Sebelum anda menyimpan wang, ada baiknya kita berkongsi maklumat tentang rahsia wang.

wang pun ada rahsianya... anda tau tak?

Dengan mengetahui rahsia wang, ia akan membantu anda menyimpan kekayaan yang sebenar.

Artikel kali ini menyentuh tentang wang,
kalau dalam bahasa Inggerisnya = Money
Rakyat Malaysia dan Wang.

Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).

Betul tak?

Wang kertas inilah yang kita gunakan setiap hari.


Kita sangka kan inilah wang yang sebenarnya... betul ke?


Ringgit Malaysia - wang kertas kita

Tahu kah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan terperanjat!

Anda akan tahu apakah itu wang yang sebenarnya.

Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benar-benar berfungsi sebagai wang?
Fungsi-Fungsi Wang.

Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:

1. Sebagai unit nilai:
Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.
Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.

2. Medium Pertukaran:
Wang perlu berfungsi sebagai medium pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya
dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,
anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.
Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai medium pertukaran
dengan barangan yang mereka jual.

3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.
Ini membolehkan urus niaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan.
Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,
maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.

4. Sebagai penyimpan nilai:
Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.
Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa
hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya.
Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh
menjadi penyimpan nilai yang baik.

Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.
Wang Kertas Ringgit Malaysia.





Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.

Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.

Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:

1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga. Ia hanyalah kertas yang dicetak dengan nilai tertentu oleh kerajaan.

Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir 11. "Sebenarnya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang
yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan".

Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh...

2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.

Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Ini kerana nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Kononnya ia adalah akibat inflasi. Inflasi akan mengurangkan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas di tangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Contohnya amat mudah:

Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.

Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak?

Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas?

Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari. 10 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada harga emas berkenaan?

Sudah pasti harganya akan naik.



Harga emas 10 tahun naik dari USD280 kepada USD842

Emas adalah wang yang sebenar. Ia adalah penyimpan nilai yang terunggul, terbaik dan tepat.
Emas sebagai penyimpan nilai terunggul:





Professor Roy W. Jastram, di dalam bukunya yang terkenal "The Golden Constant" yang diterbitkan pada tahun 1977 menyebut "Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangka masa yang panjang, contohnya setengah abad".

Di dalam buku tersebut, beliau telah mengkaji peranan emas sebagai pelindung inflasi dan deflasi dalam jangka masa 400 tahun.


Kesimpulan:



Emas adalah wang yang sebenarnya. Jika anda hendak menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk emas.

Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Wang kertas pula gagal berfungsi sebagai wang yang baik. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri.

Ia juga gagal menyimpan nilai untuk jangka masa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.

Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.

Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting

Wang = Emas

Simpan wang = Simpan emas



Sumber: http://jutawanemas.com

Sunday, January 2, 2011 Beli-simpan emas 01/01/2010 - 01/01/2011 - Untung 29.18% setahun

Fakta :

  1. peratusan kenaikan harga emas sepanjang 2010 adalah 29.18%..alhamdulillah...
  2. sapa yang beli-simpan emas 1/1/2010 - 1/1/2011 akan nikmatinya..
  3. beli emas dgn ilmu...insyaallah mampu berjaya dgn amat baik..
  4. beli rm100k awal tahun 2010...hari ni kita tuai rm29k++...
WOW..REZEKI ALLAH BG MELALUI EMAS DAN PERAK. AGAK2 TAHUN DEPAN BERAPA PLAK? BERTINDAK SEKARANG.

SUMBER:TOKEY-EMAS999
 

Tuesday, January 4, 2011

Harga Emas Dijangka Meningkat Lagi…mungkinkah sehingga $3000 USD per oz


Salam… malam ini sambil-sambil tengok game bola malaysia menentang indonesia, sempat juga membaca sebuah artikel yang menjangkakan harga emas akan meningkat sehingga $3000 usd per oz….Ramalan ini telah dibuat oleh 75% syarikat-syarikat perlombongan emas di seluruh dunia…Ini adalah kenaikan sebanyak 40% dari jangkaan kenaikan harga emas yang dibuat pada November yang lalu….
70% syarikat emas sedang berusaha mencari port emas yang baru atau menambahkan lagi kuantiti emas yang dimiliki…Masalah yang dihadapi oleh beberapa mata wang telah melonjakkan harga emas…Mengapa kita pula yang masih berdiam diri….marilah kita bersama-sama menyimpan emas demi masa depan kita…jangan tunggu lagi…emas public gold banyak kelebihannya….jom join group emasqisya….

Sumber: http://www.planetinsane.com/gold-prices-expected-to-increase-by-2011/264696/